KENAPA KUCING KERAP GARU TELINGA

 

Kucing kerap menggaru telinga disebabkan oleh Earmites. Penyakit earmites atau penyakit kutu telinga adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit. Saiznya sangat kecil, tidak boleh nampak dengan mata kasar. Earmites hidup pada kulit saluran telinga & akan memakan tahi telinga. Sebab tu kita asyik nampak kucing kita ni kerap garu telinga dia. Kekadang sampai hilang bulu dekat telinga disebabkan kucing korang kerap garu kan. 

TANDA-TANDA PENYAKIT EARMITES PADA KUCING.

  1. Dalam telinga ada kotoran berminyak berwarna coklat atau kehitaman
  2. Kerap menggeleng kepala
  3. Kerap menggaru kepala, dagu, telinga atau muka sehingga luka.
  4. Kepala kucing senget semasa berjalan atau duduk.
  5. Kucing murung dan keletihan

Similar Posts