CARA BERSIHKAN TELINGA KUCING SEMASA DIRUMAH.
CARA-CARA MEMBERSIHKAN TELINGA KUCING SEMASA DIRUMAH
KEADAAN SANTAI
Bukan kita yang kena santai yea š¹ kalau kita santai memang raya tahun depan pun tak buat benda ni. Jadi yang kena santai is kucing, jangan duk nampak depa lari sana sini kita pi amik teruk bersihkan telinga dia fuhh tak relax dia nanti. Jadi korang tunggu mereka relax tengah berehat baru buat sebab kucing tak suka kalau bersihkan telinga dorang. If kucing yang tengah santai tapi bila nak bersihkan teruk jadi hulk, min sarankan korang balut badan mereka dengan tuala terlebih dahulu sebelum buat.
PEMBERSIH TELINGA
Beli pembersih telinga untuk mematikan ear mites yang terkandung didalam telinga kucing korang tu. Macam mana nak dapatkan? Senang je jelah korang cuma pergi kedai haiwan atau klinik haiwan yang berdekatan dengan korang. Jangan malaih pi pulak yea š
TITIS UBAT TELINGA
Ubat dah beli so kenalah gunakan, takkan nak simpan. Korang boleh titiskan 2-3 drop ke telinga kucing korang tapi jangan titis sampai bertakung pulak yea š
.
BASAHKAN KAPAS (GUNAKAN BABY OIL JUGA BOLEH)Basahkan kapas atau cottonbud untuk senang korek telinga kucing korang tu. Mesti korang nak tanya woi tak sakit ke nanti dorang telinga kena korek?Okay takpa nanti min tunjukĀ laluan telinga kucing okay sabar tenang okay.
PUJIAN / HADIAH
Haa bila dah sudah proses pembersihan tu korang kenalah bagi hadiah sikit dekat depa so lepas ni senang nak bersihkan lagi. Belanja wetfood ke kan jangan kedekut lah dengan depa ni šš¤£
Peringatan pada yang membaca, bila nak proses pembersihan ni pastikan sediakan semua barang terlebih dahulu so senang korang dah prepare tinggal nak bersihkan je. Laluan telinga kucing so korg boleh nampak telinga kucing ni dalamnya berbentuk L kan jadi gegendang dorg tersorok so mereka tidaklah sakit semasa proses korek tu